nuffnang

Sunday, April 15, 2012

Pudding Caramel Yaws!

Dear blog,

Mid semester break kali nih, aku membzkan diriku dengan macam-macam activity.. Benda wajib yang slalu aku wat of course la nak wat project kat dapur!! So, one day aku pon mentelaah la buku nona yg dibeli okeh makcik aku.. Sekali aku ternampak resepi pudding caramel kegemaran ku.. Aku pon ape lagik dengan tidak segan silunya gi salin resepi dengan harapan aku nk mentry la buat..


Keesokkan harinya, aku dengan penuh excited gi ajak kakak iparku gi carefour nak bli bahan-bahan untuk pudding caramel ni ha.. Barang-barang yang diperlukan untuk membuat pudding caramel as follows:-

Bahan Caramel



1 cawan gula pasir

Bahan Pudding


2 sudu besar essence vanila


6 biji telur


3 cawan susu segar


1 cawan gula

So lets begin!! First step we need to prepare for the caramel.. Yummy.. Disebabkan aku xdak pan yang cantik, aku pon bantai la kuali kecik ni ha.. Then, put 1 cup of sugar on it.. Let it caramelize by its self.. Keep at low heat ok..  


After a while, gula korang tu akan bertukar kaler ke brownish ckit la. My advise, do not stir your sugar until it caramelize and the most important thing do not ever leave your sugar just like that. If not gula korang hangit la.. Bukan caramel dah namanya.. Hoho..


Half way done.. Ini kira dia baru bertukar kaler la.. Time ni la korang kacau-kacau gula korang ni smpi dia ala-ala dark brown ckit.. 


Then, you may transfer the caramel into a tray.. Let it relax for 5 minutes.. Sekarang caramel dh siap, lets move to pudding part pulak.. Didihkan fresh milk yang telah di measured 3 cawan tadi ke dalam bekas yang sesuai..  


Remember all, keep at low heat..  Lepas dah mendidih, biarkan dia rehat sampai ke suhu bilik.. Kira suam-suam kuku la.. 


Break all the eggs with 1 cup of sugar and then stir it until it fluffy a.k.a kembang.. Then you may mix the fresh milk, the fluffy eggs and 2 tablespoons of essence vanilla together -gether. Dah siap ja, korang tuangkan ingredients tadik dalam tray yang dah diisi dengan caramel.. Now, dah 90% siap and masa untuk final stage!! Dalam buku dia kukus dalam oven, tapi aku ni lagik selesa kalo guna cara tradisional ja.. So, aku kukus la guna tempat pengkukus mak aku yang dah lama terbiar dalam almari cabinet tu ha..


Kukus dalam 25-30 minit, then check la texture dia mcm mna.. Ambek then try cucuk dia.. Kalo dia dah membentuk so dah boley ready untuk diangkat..!! 

1





2





3





Tadaaaaaaa!!



Pudding Caramel kegemaranku!!

SELAMAT MENCUBA!




  



No comments:

Post a Comment